SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan untuk rakyat Sarawak yang telah disenaraikan dalam Belanjawan 2025 seperti yang dibentangkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bantuan ini disalurkan kerana kerajaan amat prihatin dan mahu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat pada era globalisasi ini.

Bagaimanakah semakan SKAS Sarawak? Ikuti info berikutnya dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Rakyat Sarawak yang mempunyai kelayakan seperti berikut boleh memohon untuk menikmati kebaikan daripada bantuan ini:

  • Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kategori Penerima
    1. Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    2. Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    3. Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

JUMLAH BANTUAN SKAS

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang disalurkan adalah berdasarkan kategori yang diluluskan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

SEMAKAN STATUS PENERIMA SKAS SARAWAK 2025

Rujuk panduan berikut untuk membuat semakan status penerima masing-masing:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Tekan “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber berikut:

  • Laman Rujukan Lanjut : https://sarawak.gov.my/.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].

Leave a Comment