BANTUAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN & PERMOHONAN

BANTUAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN & PERMOHONAN

Bagi memastikan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan diterima oleh individu yang sepatutnya, kerajaan telah mengguna pakai MyKad yang dimiliki oleh rakyat Malaysia untuk kegunaan membeli barangan keperluan asas yang diperlukan.

Bagaimanakah MyKasih SARA? Ikuti info berikutnya di bawah.

BACA JUGA: STR FASA 4 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Pemohon harus menyemak terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada kelayakan berikut adalah ditepati atau tidak:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Sila muat turun borang permohonan dengan klik butang [Download Borang Permohonan 2025].

Panduan permohonan MyKasih RM100 secara manual :

  1. Setelah berjaya muat turun borang permohonan.
  2. Pemohon perlu mencetak borang tersebut.
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut dengan lengkap.
  4. Lampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar borang tersebut ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHND) terdekat.
  6. Selesai.

Permohonan MyKasih RM100 secara online juga turut dibuka di portal permohonan rasmi untuk kemudahan orang ramai:

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

Individu yang ingin menerima MyKasih Bantuan Sara RM100 setiap bulan, selain daripada permohonan, pemohon juga perlu mendaftarkan diri seperti berikut:

  • Panduan pendaftaran MyKasih :
    • Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
    • Melalui telefon; atau
    • Surat; atau
    • E-mel rasmi; atau
    • Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    6. Klik [Semak Status].
    7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
    3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
    4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
    7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    8. Semakan Permohonan
    9. Maklumat Pembayaran
    10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    12. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment