SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2025 : STATUS KELAYAKAN

SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2025 : STATUS KELAYAKAN

Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa keempat bakal disalurkan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima bantuan STR untuk fasa ketiga yang lalu, anda dikehendaki segera ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk bertanya.

Bagaimanakah semak bayaran STR? Ikuti maklumat yang disenaraikan dibawah ini.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Rujuk syarat-syarat yang dinyatakan dibawah mengikut kategori:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN STR

Status terkini penerima boleh diketahui dengan melayari pautan berikut dan turuti langkah-langkah yang dinyatakan:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa keempat masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan mahupun kerajaan.

Sebarang hebahan berita dan info terkini mengenai tarikh rasmi pembayaran STR fasa 4 akan kami kemaskini segera.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment