BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON
Kerajaan dalam usaha menaik taraf golongan B40 telah menganjurkan bantuan kepada rakyat yang memenuhi kelayakan bagi mendapatkan khidmat percuma untuk membuat lesen memandu.
Bagaimanakah bantuan lesen memandu percuma? Ikuti info seterusnya dibawah ini.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH
SYARAT UNTUK MEMOHON BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Berikut merupakan syarat yang diperlukan bagi mendapatkan bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
KATEGORI LESEN YANG DIBERI PERCUMA
Hanya satu kategori sahaja yang diberi bantuan oleh kerajaan iaitu:
JENIS BANTUAN | KATEGORI LESEN |
---|---|
Lesen Memandu Percuma (MyLESEN B2) | Lesen Memandu Motosikal (B2) |
CARA MEMOHON BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Rujuk langkah-langkah berikut untuk memohon bantuan ini:
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
Catatan: Kuota permohonan adalah terhad mengikut kuota yang telah ditetapkan.
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA
Program bantuan ini akan berlangsung pada bulan Februari sehingga Oktober 2025. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi masih belum diumumkan dan pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan telah penuh.
Tarikh permohonan bagi setiap negeri adalah berbeza. Para pemohon digalakkan untuk menyemak Portal Rasmi JPJ dari semasa ke semasa untuk mengetahui permohonan di negeri masing-masing.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Beberapa dokumen diperlukan untuk disertakan dengan borang permohonan. Rujuk senarai berikut:
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.
INFO TAMBAHAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Berikut merupakan beberapa maklumat tambahan yang penerima perlu tahu mengenai bantuan yang disalurkan ini:
- Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
- Perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Wajib untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini berhubung soalan dan pertanyaan lanjut mengenai program. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) yang berdekatan dengan kediaman.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- E-mel: [email protected]