SEMAKAN BANTUAN BUDI MADANI : 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

SEMAKAN BANTUAN BUDI MADANI : 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Kerajaan Madani yang begitu komited dalam memastikan kebajikan majoriti rakyat sebagai keutamaan dan terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan iaitu dengan melakukan penyasaran semula subsidi untuk rakyat yang memerlukan.

Beberapa pengangkutan barangan darat tertentu akan terus mendapat subsidi ianya dilakukan bagi mengawal harga barangan, manakala beberapa individu terpilih akan diberikan bantuan tunai bagi membantu mengurangkan kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan bantuan Budi Madani? Ikuti info selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: PADANS SABAH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut merupakan kelayakan yang perlu ada untuk menerima manfaat daripada bantuan ini:

  1. Kelayakan Budi Individu
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
    • Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
    • Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
  2. Kelayakan Budi Agri-Komoditi
    • Warganegara Malaysia;
    • Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
    • Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
  3. Kelayakan MySubsidi Diesel
    • Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
    • Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI

Bagi mengetahui sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan ini, anda digalakkan untuk membuat semakan merujuk kepada panduan berikut:

  1. Layari pautan https://budimadani.gov.my/.
  2. Klik butang [Log Masuk] di sebelah kanan.
  3. Masukkan MyKad dengan betul dan klik butang [Semak].
  4. Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda.
  5. Jika betul, sila tekan YA.
  6. Kemudian, masukkan kata laluan dan klik [Log Masuk].
  7. Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
  8. Tekan [Semakan Status].
  9. Seterusnya, semak status mengikut kategori yang dimohon dan maklumat pembayaran.
  10. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Rujuk rajah dibawah untuk maklumat mengenai tarikh penyaluran bantuan:

TARIKH PERMOHONAN
BUDI MADANI
(BULAN)
TARIKH BAYARAN
Jun7 Julai 2025 (Jumaat)
Julai8 Ogos 2025 (Jumaat)
Ogos8 September 2025 (Isnin)
September8 Oktober 2025 (Rabu)
Oktober7 November 2025 (Jumaat)
November5 Disember 2025 (Jumaat)
Disember9 Januari 2026 (Jumaat)

SEMAKAN KAEDAH BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI

Bayaran akan dilakukan menggunakan dua kaedah bergantung kepada situasi penerima tersebut:

  • Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau;
  • Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara tunai, melalui kaunter perkhidmatan. Sila bawa MyKad anda.

RUJUKAN

Semua maklumat mengenai bantuan BUDI Madani ini adalah dirujuk dalam Portal Rasmi. Jika terdapat sebarang kekeliruan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di:

  • Laman web : https://budimadani.gov.my.
  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment