MYKASIH 2025 CHECK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

MYKASIH 2025 CHECK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan secara bulanan kepada penerima STR yang terbahagi kepada golongan yang tersenarai dalam data eKasih dan bukan eKasih. Saluran bantuan dimasukkan secara terus ke MyKad penerima untuk memastikan bantuan disampaikan kepada penerima yang selayaknya.

Bagaimanakah MyKasih 2025 check? Ikuti perkembangan terkini mengenai bantuan SARA MyKasih 2025.

BACA JUGA: MYSTR SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Individu yang memenuhi syarat berikut untuk kategori yang disenaraikan adalah layak untuk menerima bantuan ini secara bulanan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

MYKASIH 2025 CHECK STATUS PENERIMA

Bantuan SARA ini mempunyai dua pautan yang boleh digunakan untuk membuat semakan status terkini:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    6. Klik [Semak Status].
    7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
    3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
    4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
    7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    8. Semakan Permohonan
    9. Maklumat Pembayaran
    10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    12. Selesai.

MYKASIH 2025 CHECK JUMLAH PENYALURAN

Penyaluran bantuan yang disalurkan ke MyKad penerima secara bulanan adalah seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment