SARA GOV MY : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 ONE OFF
Kementerian Kewangan telah menghebahkan bahawa semua rakyat dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk menerima bantuan SARA secara one off yang akan disalurkan ke MyKad masing-masing.
Bagaimanakah SARA gov my? Ikuti info terkini yang dikemaskini dalam artikel di bawah.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA GOV MY
Berikut merupakan pautan rasmi untuk membuat semakan beserta langkah-langkah yang boleh dirujuk:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : PORTAL RASMI SARA
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Barangan keperluan yang ingin dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan haruslah mengikut langkah-langkah yang disenaraikan dibawah:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
- Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
SENARAI BARANGAN ASAS SARA GOV MY
Berikut merupakan jenis dan jenama barangan yang dibolehkan untuk dibeli oleh penerima bantuan:
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
MyKad yang digunakan sebagai medium penyaluran bantuan ini boleh disemak baki yang ada di dalamnya dengan menggunakan tiga kaedah berikut:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]