SEMAKAN RM100 SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN RM100 SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun 2025 ini telah dilangsungkan bermula awal Januari lagi dan akan berakhir sehingga Disember tahun ini. Walaubagaimanapun, Kementerian Kewangan telah memberi bantuan SARA tambahan kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang layak yang akan disalurkan secara one off sebanyak RM100.

Bagaimanakah semakan RM100 SARA? Sila rujuk info berikutnya di bawah ini.

BACA JUGA: STR 2025 SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk menjadi penerima bantuan secara one off ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN RM100 SARA

Bermula pada 31 Ogos 2025 akan disalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 ke dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus).

Penggunaan bantuan ini adalah sehingga 31 Disember 2025 bagi memberi peluang kepada penerima untuk menyediakan kelengkapan barangan asas yang lengkap untuk diri sendiri dan keluarga.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 SARA

Status penerima bantuan one off ini boleh disemak dengan melayari pautan rasmi yang disediakan berikut bersama panduan untuk dituruti:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Catatan: Untuk semakan status penerima SARA one off ini adalah bermula pada 21 Ogos 2025.

PANDUAN SEMAK BAKI DALAM MYKAD

Baki yang ada dalam MyKad boleh disemak dengan menggunakan tiga cara berikut:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
    3. Selesai.

CARA MEMBUAT PEMBELIAN DI PASARAYA

Pembelian dan pembayaran menggunakan MyKad haruslah seperti langkah-langkah berikut:

  • Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  • Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  • Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  • Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  • Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  • Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
  • Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment