SEMAKAN SARA 100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN SARA 100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Selain bantuan bulanan yang disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah, terdapat juga bantuan yang disalurkan secara one off atau sekaligus.

Bagaimanakah semakan SARA 100? Ikuti info selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH BANTUAN SARA

TARIKH SEMAKAN BAYARAN SARA 100

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sebanyak RM100 akan disalurkan ke dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus) bermula pada 31 Ogos 2025.

Penggunaan bantuan ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 iaitu akhir tahun ini di mana-mana kedai runcit atau pasaraya yang berdaftar.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 100

Status sebagai penerima bantuan boleh disemak dengan merujuk panduan berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

INFO: Untuk semakan status penerima SARA one off adalah bermula pada 21 Ogos 2025.

PANDUAN SEMAK BAKI DALAM MYKAD

Baki bantuan yang disalurkan boleh disemak dengan tiga kaedah berikut:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
    3. Selesai.

SOALAM LAZIM BANTUAN SARA

  1. Soalan: Siapakah yang layak untuk menerima SARA RM100?
    • Jawapan: Semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
  2. Soalan: Bilakah boleh guna bantuan SARA dalam MyKad?
    • Jawapan: Bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
  3. Soalan: Adakah bantuan ini perlu mohon atau secara automatik?
    • Jawapan: Automatik. Tidak perlu memohon.
  4. Soalan: Bantuan ini boleh digunakan untuk apa?
    • Jawapan: Boleh membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih.
  5. Soalan: Adakah bantuan ini boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Jawapan: Tidak boleh. Hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas sahaja.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment