SEMAK STATUS SARA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN ONLINE RM100 DALAM MYKAD
Status penerima untuk bantuan SARA boleh disemak secara dalam talian sahaja bagi memudahkan orang ramai melakukannya di mana-mana sahaja menggunakan peranti mudah alih yang dimiliki.
Bagaimanakah semak status SARA? Sila rujuk maklumat yang disenaraikan dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: MYSTR SEMAKAN FASA 3 2025 ONLINE
SEMAK SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Berikut merupakan kelayakan yang disenaraikan untuk menjadi penerima bantuan:
- Kelayakan bantuan SARA MyKasih secara bulanan
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Kelayakan bantuan SARA MyKasih secara one off
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
SEMAK STATUS PENERIMA SARA 2025
Penerima bantuan SARA boleh merujuk panduan di bawah ini untuk melakukan semakan status terkini anda:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
Catatan: Untuk semakan status penerima SARA secara one off adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
CARA SEMAK BAKI SARA DALAM MYKAD
Semakan baki bantuan yang ada selepas digunakan atau disalurkan boleh disemak dengan tiga kaedah berikut:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
SEMAK PANDUAN MEMBELI BARANGAN SARA 2025
Pembelian barangan menggunakan MyKad di kedai dan pasaraya adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
SOALAN LAZIM BANTUAN SARA
- Soalan: Siapakah yang layak untuk menerima SARA RM100?
- Jawapan: Semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
- Soalan: Bilakah boleh guna bantuan SARA dalam MyKad?
- Jawapan: Bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
- Soalan: Adakah bantuan ini perlu mohon atau secara automatik?
- Jawapan: Automatik. Tidak perlu memohon.
- Soalan: Bantuan ini boleh digunakan untuk apa?
- Jawapan: Boleh membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih.
- Soalan: Adakah bantuan ini boleh dikeluarkan secara tunai?
- Jawapan: Tidak boleh. Hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas sahaja.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]