CARA SEMAKAN SARA 2025 ONLINE
Sumbangan Asas Rahmah 2025 yang disalurkan kepada penerima secara bulanan masih lagi diteruskan sehingga kini untuk membantu dalam pembelian barangan keperluan asas rakyat.
Kerajaan menambah lagi satu bantuan iaitu yang disalurkan secara one off kepada rakyat lain yang berkelayakan pada 31 Ogos 2025 kelak. Rakyat boleh menggunakannya untuk membeli barangan asas yang berlabel MyKasih di 4100 buah kedai dan pasaraya di Malaysia.
Bagaimanakah cara semakan SARA? Ikuti maklumat selanjutnya yang disediakan dibawah.
BACA JUGA: BAYARAN STR FASA 3
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA
Medium yang digunakan untuk penyaluran bantuan ini adalah MyKad atau kad pengenalan penerima masing-masing. Bantuan yang disalurkan ke MyKad akan digunakan sebagai verifikasi penerima bantuan SARA dan dibolehkan untuk membuat pembelian barangan yang berlabel MyKasih.
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2025 ONLINE
Penerima bantuan SARA ini adalah tergolong kepada dua iaitu penerima bulanan dan juga penerima secara one off. Rujuk panduan berikut untuk membuat semakan status masing-masing:
- Semakan penerima bantuan SARA one off
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
Nota: Untuk semakan status penerima SARA secara one off adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
- Semakan penerima bantuan SARA secara bulanan
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
CARA SEMAKAN BAKI SARA DALAM MYKAD
Kaedah untuk menyemak baki bantuan dalam IC penerima boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]