BANTUAN RM100 SARA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE
Menurut orang ramai, sekarang muncul beberapa pihak yang mengatakan boleh mengeluarkan wang bantuan daripada MyKad yang disalurkan oleh kerajaan.
Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa fungsi MyKad yang digunakan untuk penyaluran bantuan ini hanyalah sebagai medium untuk verifikasi sebagai penerima bantuan sahaja dan sama sekali tidak boleh untuk mengeluarkan wang.
Bagaimanakah bantuan RM100 SARA? Ikuti penjelasan berikut dibawah untuk ketahui info terkini dengan lebih mendalam.
BACA JUGA: BAYARAN STR FASA 3
TARIKH PENYALURAN BANTUAN RM100 SARA
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia yang berkelayakan secara one-off (sekaligus) bermula pada 31 Ogos 2025.
Bantuan ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 iaitu sehingga akhir tahun ini untuk penerima membuat pembelian barangan yang diperlukan seperti senarai barangan MyKasih yang disenaraikan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 SARA
Status penerima boleh disemak secara dalam talian sahaja dengan merujuk panduan dibawah:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH SEMAKAN BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
Semakan baki boleh dilakukan menggunakan tiga cara seperti berikut:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]