STR 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Penerima yang pernah menerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa pertama dan kedua, boleh membuat semakan status untuk pembayaran yang terkini di dalam pautan rasmi bantuan yang disediakan di bawah.
Penerima yang baru memohon harus menunggu permohonan diluluskan dan pembayaran akan mula disalurkan bermula 21 Ogos 2025 ini. Orang ramai boleh membuat semakan terlebih dahulu dan ikuti info-info terkini di dalam laman rasmi STR dan juga artikel-artikel terkini.
Bagaimanakah STR 2025 semakan? Ikuti maklumat terkini yang disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN 100 MYKAD
SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR 2025
Pembayaran bantuan STR adalah secara berfasa dan juga berperingkat iaitu merujuk kepada rajah berikut:
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
Nota: Penerima yang baru membuat rayuan akan mula menerima bayaran bermula pada 21 Ogos 2025 secara berperingkat bagi penyaluran untuk fasa 3 ini.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran yang disalurkan adalah berbeza untuk setiap penerima yang diluluskan dengan kategori yang berbeza-beza. Rujuk rajah berikut untuk ketahui berapa jumlah bantuan yang akan diterima:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM150 (Berumur ≥ 60 tahun) |
Bujang (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 (Berumur 21-59 tahun / OKU Berumur 19-59 tahun) |
STR 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA FASA 3
Penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian sahaja dengan merujuk panduan berikut:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran bantuan STR ini adalah menggunakan kaedah berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]