SEMAK STR 2025 ONLINE : FASA 3 SEMAKAN BAYARAN
Kerajaan Madani baru saja memaklumkan bahawa penyaluran bantuan STR bagi fasa yang ketiga untuk tahun ini akan dibayar bermula esok, 12 Ogos 2025. Bayaran tunai yang akan disalurkan kepada akaun penerima sendiri mengikut jumlah yang telah pun ditetapkan berdasarkan kategori yang diluluskan.
Bagaimanakah semak STR 2025 online? Ikuti maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN MADANI RM100
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
Penerima akan mendapat bantuan ini secara berperingkat sepertimana pembayaran untuk fasa pertama dan kedua. Rujuk rajah berikut:
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 3
Pembayaran untuk bantuan ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAK JUMLAH BAYARAN STR 2025 ONLINE
Bayaran yang disalurkan kepada penerima adalah mengikut kategori seperti rajah berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
SEMAK STATUS PENERIMA STR 2025 ONLINE
Status bayaran untuk fasa 3 STR ini boleh dilakukan dengan menuruti panduan berikut:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]