MYSTR SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE
TERKINI! Keementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan STR untuk fasa ketiga bakal dilakukan pada 12 Ogos 2025 iaitu esok. Penerima yang lama dan pemohon yang baru digalakkan untuk membuat semakan di laman rasmi untuk ketahui maklumat bayaran terkini.
Bagaimanakah MySTR semakan? Ikuti info terkini selanjutnya didalam artikel ini.
BACA JUGA: BANTUAN MADANI RM100
TARIKH BAYARAN STR 2025
Seperti yang dimaklumkan, pembayaran untuk fasa ketiga akan dilakukan secara berperingkat juga seperti pembayaran sebelum ini. Rujuk rajah dibawah:
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3
Bantuan ini akan salurkan bantuan kepada penerima melalui dua kaedah berikut bergantung kepada situasi penerima tersebut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
MYSTR SEMAKAN JUMLAH BAYARAN
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
MYSTR SEMAKAN STATUS PENERIMA FASA 3
Penerima untuk fasa 3 ini boleh membuat semakan status dengan melayari pautan rasmi yang disediakan berikut:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]