SEMAKAN BAYARAN STR (FASA 3 2025)

SEMAKAN BAYARAN STR (FASA 3 2025)

Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa 3 masih belum disalurkan lagi sehingga kini. Tarikh rasmi juga masih belum diumumkan oleh kerajaan. Namun begitu, penerima boleh membuat semakan dan mengemaskini butiran peribadi sekiranya sudah lama tidak kemaskini.

Bagaimanakah semakan bayaran STR? Ikuti info selanjutnya di dalam artikel ini.

BACA JUGA: SARA ONE OFF MAKSUD

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BAYARAN STR

Berikut merupakan kelayakan bantuan ini adalah seperti yang disenaraikan berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Untuk makluman, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 3 untuk Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3

Penerima bantuan STR boleh membuat semakan dahulu maklumat mengenai pembayaran bantuan serta data peribadi yang perlu dikemaskini dengan melayari pautan berikut:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN

Kaedah pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3 bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 3
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment