SARA ONE OFF MAKSUD : SEMAK ONLINE 2025

SARA ONE OFF MAKSUD : SEMAK ONLINE 2025

Baru-baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan berita gembira buat rakyat Malaysia iaitu penyaluran sumbangan kepada semua rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mana boleh digunakan untuk melakukan pembelian keperluan barangan asas.

Apakah SARA one off maksud? Sila ikuti sekiranya ingin mengetahui maklumat dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: BARANGAN DAPUR MYKASIH 2025

MAKSUD BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah merupakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus) khas untuk pembelian barangan asas di 4,100 kedai terpilih.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Pengkreditan sebanyak RM100 akan dikreditkan bermula pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF

Semakan boleh dibuat dengan merujuk panduan berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MAKSUD KAEDAH GUNA BANTUAN SARA ONE OFF

Penerima boleh menggunakan bantuan ini dengan membuat pembelian mengikut cara dibawah:

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

Rujuk jenis barangan dan jenama berikut sebelum membuat pembelian:

  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment