BANTUAN MYKAD RM100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKAD RM100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Penerima bantuan SARA digalakkan untuk membuat semakan di pautan rasmi yang disediakan dalam panduan dibawah untuk mengetahui status terkini penerima serta baki yang ada dalam MyKad.

Bagaimanakah bantuan MyKad RM100? Ikuti info-info terkini dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: CARA TUKAR MYKAD ROSAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut merupakan kelayakan untuk bantuan SARA one off:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100

Penerima bantuan boleh membuat semakan secara dalam talian sahaja untuk mengetahui status terkini:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Ikuti panduan menggunakan bantuan dalam kad pengenalan berikut untuk membuat pembelian barangan keperluan asas :

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment