SEMAK DUIT DALAM MYKAD : CARA CHECK BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM100 2025
Bantuan SARA one off yang bakal disalurkan pada Ogos nanti kepada kad pengenalan masing-masing boleh disemak terlebih dahulu secara dalam talian. Berikut adalah panduan yang disediakan untuk individu yang ingin membuat semakan.
Bagaimanakah semak duit dalam MyKad? Ikuti info selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: BARANG DAPUR MYKASIH 2025
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF
Hanya dua kelayakan yang diperlukan untuk menjadi penerima bantuan ini iaitu:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
SEMAK STATUS PENERIMA DUIT DALAM MYKAD
Penerima bantuan SARA one off ini boleh membuat semakan secara dalam talian dengan berpandukan langkah-langkah dibawah:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas secara one-off (sekaligus) bermula pada 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
CARA TEBUS GUNA DUIT DALAM MYKAD
Panduan berikut adalah untuk cara menggunakan duit bantuan yang akan disalurkan nanti ke dalam kad pengenalan penerima:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
Catatan: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]