BANTUAN SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bersempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68 pada tahun ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahin telah mengumumkan berita gembira untuk rakyat.

Berita tersebut adalah berupa suatu bantuan yang akan disalurkan kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dan berjumlah sebanyak RM100.

Bagaimanakah bantuan SARA RM100? Ikuti perkembangan lanjut mengenai bantuan ini di bawah.

BACA JUGA: BARANGAN DAPUR MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA RM100

Sejumlah bantuan RM100 akan disalurkan kepada penerima yang memenuhi kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Penyaluran bantuan secara one off ini adalah bermula pada 31 Ogos 2025 bersempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. Penebusan dan penggunaan bantuan ini adalah sehingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas yang ada berlabel MyKasih sahaja.

KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN ONE OFF

Penebusan dan penggunaan bantuan yang bakal disalurkan kelak adalah seperti panduan berikut:

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.

Catatan: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan ini, klik pada pautan dibawah dan ikuti panduan berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment