BANTUAN DALAM MYKAD 100 2025 : (SARA ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN DALAM MYKAD 100 2025 : (SARA ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Baru-baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan bantuan tambahan untuk rakyat bersempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025 kelak.

Bantuan ini adalah di bawah program Sumbangan Asas Rahmah 2025 yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Bagaimanakah bantuan dalam MyKad 100? Ikuti maklumat berikutnya dibawah ini.

BACA JUGA: BARANGAN DAPUR MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 100

Bantuan secara one off ini mempunyai dua syarat yang harus ditepati oleh rakyat iaitu:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Rakyat akan dapat menebus bantuan SARA one off ini bermula 31 Ogos 2025 untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya serta kedai runcit berdaftar dengan MyKasih sahaja. Penebusan ini boleh dilakukan dan digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA PENEBUSAN BANTUAN ONE OFF

Penerima boleh merujuk panduan berikut untuk menebus guna bantuan yang bakal disalurkan kelak:

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.

Catatan: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 100

Status penerima bantuan secara one off ini boleh disemak secara dalam talian sahaja dengan merujuk panduan yang disediakan di bawah:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment