SEMAKAN PADANS SABAH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH (RM900)

SEMAKAN PADANS SABAH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH (RM900)

Satu inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah khususnya untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Program ini diselaras oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat yang mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.

Bagaimanakah semakan PADANS Sabah 2025? Ikuti info selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PADANS SABAH 2025

Kelayakan yang diperlukan untuk menjadi penerima bantuan Sabah 2025 ini adalah seperti yang berikut:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Bayaran bantuan Sabah sebanyak RM900 untuk satu fasa adalah dijadualkan seperti berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)
Januari – Mac
Februari 2025
Kedua (2)
April – Jun
April – Mei 2025
Ketiga (3)
Julai – September
September 2025
Keempat (4)
Oktober – Disember
November 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA PADANS SABAH 2025

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

  • Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/

Leave a Comment