BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025 SEMAKAN ONLINE

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025 SEMAKAN ONLINE

Peningkatan jumlah bantuan yang disalurkan pada tahun ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah dengan jumlah penerima juga makin bertambah.

Kerajaan telah melancarkan program bantuan ini dengan harapan agar dapat meringankan sedikit beban rakyat yang sedang dilanda kegawatan ekonomi pada masa kini.

Bagaimanakah Sumbangan Tunai Rahmah? Sila ikuti info berikutnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Individu yang memenuhi kelayakan berikut adalah layak untuk menjadi penerima bantuan str 2025 ini:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KADAR PENGKREDITAN BANTUAN

Penyaluran keseluruhan jumlah bantuan kepada penerima mengikut kategori masing-masing adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
berpendapatan RM 2500 dan kebawah
RM 600

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Rujuk panduan berikut untuk mengetahui status terkini penerima secara dalam talian:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan STR Fasa 3 akan diagihkan pada bulan Julai atau Ogos akan datang. Pihak kerajaan akan memaklumkan tarikh tetap secara rasmi dan sebarang pindaan juga akan dihebahkan dari masa ke masa.

Sebarang info baru akan kami kemaskini sejurus berita dihebahkan untuk memberi maklumat terkini kepada anda.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment