BANTUAN RM900 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH
Kerajaan Negeri Sabah telah berpakat suara dengan beberapa gerakan untuk menjayakan program bantuan untuk rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.
Penyaluran adalah secara berfasa dan dalam jumlah yang sama untuk setiap penerima. Walaupun begitu, penerima yang menepati syarat kelayakan sahaja yang akan menerima manfaat bantuan ini.
Bagaimanakah bantuan RM900? Sila teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk ketahui info yang selanjutnya.
BACA JUGA: TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM900
Berikut merupakan kriteria yang diperlukan untuk menjadi penerima bantuan SYUKUR Sabah:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM900 SABAH
Penerima boleh melayari laman web yang disertakan dibawah untuk membuat semakan terkini penerima:
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN
Penerima akan menerima bantuan yang disalurkan sebanyak yang berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah selama empat (4) fasa dijadualkan seperti berikut :
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) Januari – Mac | Februari 2025 |
Kedua (2) April – Jun | April – Mei 2025 |
Ketiga (3) Julai – September | September 2025 |
Keempat (4) Oktober – Disember | November 2025 |
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/