BANTUAN SARA 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN SARA 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Penerima bantuan boleh menggunakan sumbangan yang diberi ke dalam kad pengenalan masing-masing secara bulanan sehingga berakhirnya program bantuan ini iaitu akhir bulan Disember 2025.

Pembelian boleh dilakukan di mana-mana kedai runcit dan pasaraya yang mempunyai kerjasama dengan program MyKasih.

Bagaimanakah bantuan SARA 2025 online? Sila ikuti penjelasan mengenai bantuan ini selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2025 ONLINE

Individu yang menepati kelayakan berikut sahaja yang akan menerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA 2025 ONLINE

Kini, status penerima serta baki yang tinggal dalam kad pengenalan penerima boleh disemak secara dalam talian dengan berpandukan langkah berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

KADAR BANTUAN YANG DISALURKAN

Setiap penerima yang layak akan disalurkan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori yang diluluskan masing-masing iaitu:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment