BANTUAN SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE

BANTUAN SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE

Beberapa kaunter khas untuk pembelian menggunakan bantuan SARA ada disediakan di pasaraya yang berdaftar dengan MyKasih di seluruh Malaysia.

Para penerima bantuan haruslah sentiasa menyemak senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan duit bantuan dalam kad pengenalan masing-masing.

Bagaimanakah bantuan SARA? Ikuti maklumat berikutnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan berikut adalah yang disenaraikan untuk individu yang layak menerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK STATUS PENERIMA TERKINI BANTUAN SARA 2025

Panduan berikut disediakan untuk penerima yang ingin melakukan semakan terkini mengenai bantuan:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN SARA 2025

Penyaluran bantuan melalui kad pengenalan adalah berbeza dari segi jumlah pengkreditannya yang mana berdasarkan kategori yang diluluskan masing-masing:

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN (RM)
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment