SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH : 2025 ONLINE
Rakyat Sabah yang mengalami bebanan kos sara hidup yang tinggi amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan Sabah untuk keberlangsungan hidup rakyat. Oleh itu, bantuan Sabah telah pun diwujudkan dengan penyaluran yang diadakan secara berfasa untuk membantu rakyat yang masih memerlukan itu.
Bagaimanakah semak bantuan Sentuhan Kasih? Sila ikuti info selanjutnya di bawah.
BACA JUGA: TARIKH BAYARAN STR 2025
SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Kelayakan untuk bantuan ini adalah seperti yang disenaraikan berikut:
- Penerima yang layak menerima bantuan ini adalah:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH
Fasa pertama dan kedua telah pun dilangsungkan dengan jayanya. Maka, rakyat Sabah amat menantikan penyaluran bagi fasa ketiga yang dikatakan bakal disalurkan tidak lama lagi. Rujuk jadual berikut:
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) Januari – Mac | Februari 2025 |
Kedua (2) April – Jun | April – Mei 2025 |
Ketiga (3) Julai – September | September 2025 |
Keempat (4) Oktober – Disember | November 2025 |
SEMAK STATUS BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Penerima sebelum ini atau yang baharu boleh membuat semakan secara dalam talian sahaja seperti yang ditunjukkan dalam langkah-langkah berikut:
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/