BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH : SEMAKAN STATUS 2025

BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH : SEMAKAN STATUS 2025

Penyaluran bantuan untuk rakyat Sabah yang menepati syarat kelayakan adalah dilakukan secara berfasa. Fasa ketiga iaitu bermula bulan Julai sehingga bulan September akan disalurkan kemungkinan pada September 2025 ini. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi untuk penyaluran masih belum diumumkan oleh Kementerian Negeri Sabah.

Apakah bantuan Sentuhan Kasih Sabah? Ikuti maklumat mengenai bantuan dengan lebih mendalam di bawah.

BACA JUGA: MYKASIH LOGIN

PROGRAM BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH

Kerajaan negeri begitu komited dalam merapatkan jurang kemiskinan yang ketara di peringkat nasional dengan mewujudkan program SYUKUR ini. Hal ini akan dijayakan dengan mengenal pasti rakyat yang memenuhi kelayakan yang disenaraikan supaya bantuan akan disalurkan hanya kepada yang layak dan memerlukan.

SYUKUR merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dan juga merupakan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

JADUAL PENYALURAN BANTUAN SABAH

Berikut merupakan jadual penyaluran yang diumumkan oleh kerajaan. Walaupun begitu, tarikh rasmi pengkreditan masih belum dihebahkan secara rasmi:

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)
Januari – Mac
Februari 2025
Kedua (2)
April – Jun
April – Mei 2025
Ketiga (3)
Julai – September
September 2025
Keempat (4)
Oktober – Disember
November 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH

Penerima boleh melakukan semakan terkini hanya secara dalam talian sahaja dengan menuruti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment