BANTUAN SYUKUR SABAH : SEMAKAN (FASA 2 2025)

BANTUAN SYUKUR SABAH : SEMAKAN (FASA 2 2025)

Sehingga 31 Disember 2025, penerima bantuan Sabah akan menerima RM300 sebulan untuk menampung kekurangan perbelanjaan seisi keluarga rakyat Sabah terutamanya golongan yang mendiami di kawasan pedalaman.

Apakah bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti maklumat dan info selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: MYKASIH LOGIN

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH

SYUKUR merupakan program inisiatif yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat terutama yang berada dalam golongan B40.

Program bantuan ini dilangsungkan secara berfasa di mana ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan sebanyak RM900 untuk satu fasa bagi setiap tiga bulan. Sebanyak empat fasa akan dijalankan sehingga bulan Disember 2025.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran dijalankan secara berfasa iaitu sebanyak empat fasa bagi setiap tiga bulan. Rujuk jadual berikut untuk ketahui dengan lebih lanjut:

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)
Januari – Mac
Februari 2025
Kedua (2)
April – Jun
April – Mei 2025
Ketiga (3)
Julai – September
September 2025
Keempat (4)
Oktober – Disember
November 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH

Semakan boleh dibuat secara dalam talian sahaja dengan berpandukan panduan berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment