TARIKH BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penyaluran bantuan STR untuk fasa pertama dan kedua telah pun diagihkan kepada penerima secara berperingkat. Kini, penyaluran untuk fasa ketiga akan bermula dan akan diumumkan oleh pihak kerajaan berkenaan tarikh bayarannya kelak.

Bilakah tarikh bayaran STR 2025? Sila teruskan pembacaan dibawah untuk ketahui maklumat seterusnya.

BACA JUGA: MYSTR SEMAKAN STATUS

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025

Pembayaran bantuan STR Fasa 3 dijangkakan akan diagihkan pada bulan Julai atau Ogos ini. Pengumuman oleh pihak kerajaan akan dilakukan untuk memberitahu tarikh tetap secara rasmi dan jika terdapat sebarang pindaan juga akan turut dihebahkan.

Pemohon baharu yang ingin membuat kemaskini permohonan bantuan STR, anda boleh memohon untuk Fasa 3 ini dan tarikh hantar borang masih dibuka sehingga 30 Jun 2025 ini di portal rasmi STR.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR 2025 FASA 3

Status penerima boleh disemak dengan melayari pautan rasmi serta panduan yang ditunjukkan dibawah:

  1. Layari pautan rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login STR.
  6. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  7. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  8. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  9. Sila klik [Semakan Permohonan]. Terdapat dua status kelulusan:
    • Status Kelulusan Asas STR.
    • Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
  10. Selesai.

Catatan: Sekiranya lulus Asas STR, pemohon perlu klik pada butang [MAKLUMAT BAYARAN] untuk mengetahui status bayaran STR untuk ketahui bayaran telah dikreditkan ke dalam akaun yang tertera atau belum. Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun, boleh menuntut wang tersebut secara tunai di cawangan-cawangan BSN.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment