LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 3 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN RM900

LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 3 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN RM900

Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Program ini diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima dengan harapan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.

Bagaimanakah log masuk SYUKUR? Ikuti info selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025

PROGRAM BANTUAN RAKYAT SABAH

SYUKUR merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan juga tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Melalui program ini, ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM300, yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada setiap suku tahun.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menggerakkan jenteranya ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengesan golongan miskin dan miskin tegar yang ada bagi memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Rakyat Sabah yang layak menerima bantuan adalah mempunyai kriteria seperti berikut:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN

Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang disalurkan adalah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM300
(Sebulan)

LOG MASUK BANTUAN SYUKUR SABAH

Pautan rasmi yang digunakan untuk Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 ialah : https://sukur.sabah.gov.my/

LOG MASUK STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH

Penerima boleh membuat semakan dengan menuruti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online untuk Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan dan klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  4. Kemudian, klik (Semak).
  5. Status Kelayakan Penerima Bantuan akan di paparkan di sini ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment