MATRIK 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN SEKARANG

MATRIK 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN SEKARANG

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ada membuat permohonan untuk kemasukan ke kolej matrikulasi boleh membuat semakan status keputusan permohonan pada hari ini.

Apakah matrik 2025? Ikuti penjelasan berikut untuk ketahui dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: SEMAKAN PELATIH KHIDMAT NEGARA

PENGENALAN PROGRAM MATRIKULASI 2025

Secara umum, terdapat beberapa laluan untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran seterusnya seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Program Matrikulasi KPM diadakan untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Bermula tahun 2017, semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam.

Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 5 jurusan iaitu:

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional
  5. Jurusan Sains Komputer

Mulai sesi 2025/2026, Pelajar boleh memohon mengikuti Jurusan Sains Komputer di Program Matrikulasi. Bagi pelajar tahfiz SPM 2024, mata pelajaran Hifz al-Quran turut dilaksanakan mulai 2025.

KELEBIHAN PROGRAM MATRIK 2025

Antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh pelajar ialah:

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Memperoleh penerpaan soft skill

SYARAT KELAYAKAN MATRIKULASI 2025

Jurusan pengajian yang disediakan di matrikulasi mempunyai syaratnya tersendiri. Pemohon boleh menyemak syarat-syarat berikut untuk setiap jurusan pada pautan dibawah:

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIK 2025

Keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi untuk pengajian sesi 2025 / 2026, boleh disemak bermula pada tarikh berikut :

TARIKH SEMAKAN DIBUKAMASA
21 MEI 2025 (RABU)10.00 PAGI

SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIK 2025

Pemohon boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Panduan Semakan Keputusan Matrikulasi Melalui Laman Web Rasmi :
  1. Sila layari laman web rasmi Kolej Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm.
  2. Bahagian semakan keputusan tawaran Matrikulasi akan dipaparkan.
  3. Isikan ruangan yang disediakan dengan betul.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  5. Keputusan tawaran pengajian Kolej Matrikulasi akan dipaparkan.
  6. Selesai.
  • Panduan Semakan Keputusan Matrikulasi Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) :
  1. Buka mesej dalam telefon bimbit anda.
  2. Taip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P.
    • Contoh : MOE MAT 070230113456
  3. Kemudian, hantar kepada 15888
  4. Selesai.

Catatan : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

SENARAI KOLEJ MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan talian dan e-mel Kolej Matrikulasi setiap negeri sebagai rujukan :

RUJUKAN

Segala info dan maklumat di atas hanyalah sekadar perkongsian informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda ingin menujukan sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment