SEMAKAN PLKN ONLINE 2025 : CHECK KELAYAKAN PESERTA SESI 3.0
Pelaksanaan semula Program Khidmat Latihan Negara adalah satu usaha yang bagus dalam menerapkan semangat kenegaraan dalam diri rakyat terutama golongan belia.
Kerajaan mengharapkan dengan wujudnya semula program ini bakal memberi impak yang positif dalam diri peserta.
Bagaimanakah semakan PLKN online? Sila ikuti info selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI 2025
KEPENTINGAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
PLKN diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan belia di Malaysia.
Pelaksanaan semula PLKN 3.0 juga adalah untuk memberi peluang serta persediaan kepada remaja Malaysia dalam menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.
Kepentingan program ini kepada peserta adalah seperti berikut:
- Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
- Meningkatkan Semangat Patriotisme.
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
- Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Peluang Peningkatan Kerjaya.
- Jaringan Sosial dan Persahabatan.
- Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
- Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
- Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
- Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
- Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0
Beberapa syarat yang dikenakan untuk peserta program adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar Lepasan SPM;
- Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
TARIKH DAN LOKASI PLKN 3.0 DIADAKAN
Tempoh bagi Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diadakan adalah selama 45 hari.
Tempat latihan ini diadakan adalah ditetapkan di tiga tempat berikutan dengan tiga siri bagi program latihan ini iaitu di:
- Siri Pertama (1)
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Siri Kedua (2)
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
- Siri Ketiga (3)
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
SEMAKAN STATUS PLKN PESERTA ONLINE
Peserta boleh semak sendiri secara dalam talian menggunakan pautan dibawah. Peserta juga akan dimaklumkan mengenai status masing-masing dengan dua kaedah seperti berikut:
- Anda boleh semak status kelayakan di pautan rasmi Portal JLKN : https://jlkn.mod.gov.my/.
- Melalui e-Mel :
- Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Melalui Surat Panggilan Rasmi :
- Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Sekiranya anda tidak dipanggil, bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Namun, anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.
RUJUKAN
Kami hanya sekadar berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian dan pengetahuan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian : +603-4019 9999
- e-Mel : [email protected]