SEMAKAN PLKN 2025 SECARA ONLINE SESI 3.0
Pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diadakan dengan konsep serta format yang baharu untuk golongan peserta yang berumur daripada 17 tahun sehingga 35 tahun.
Bagaimanakah semakan PLKN 2025? Sila ikuti untuk ketahui info terkini serta maklumat selanjutnya.
BACA JUGA: LOG MASUK SYUKUR SABAH
KONSEP PLKN 2025 3.0
Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah menyediakan serta merangka sendiri modul latihan yang akan digunakan untuk Program Latihan Khidmat Negara ini. Modul latihan berfasa yang disediakan ialah:
- Fasa Pra PLKN
- Fasa Latihan Asas
- Projek Rintis
- Fasa Latihan Asas di IPTA
Program latihan pada kali ini akan dibuat di kem tentera. Sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan sebagai tapak latihan. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegaraan (70%).
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN
Berikut merupakan kelayakan yang diperlukan untuk menyertai program latihan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar Lepasan SPM;
- Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
SEMAKAN TARIKH DAN LOKASI PLKN 2025
Rajah berikut menunjukkan beberapa lokasi serta tarikh yang akan diadakan program latihan ini;
SIRI PELAKSANAAN | TARIKH | LOKASI PROGRAM |
---|---|---|
Pertama (1) | 12 Januari 2025 sehingga 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur |
Kedua (2) | 11 Mei 2025 sehingga 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang |
Ketiga (3) | 7 September 2025 sehingga 21 Oktober 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang |
SEMAKAN STATUS PLKN 2025
Peserta yang berkelayakan akan dihubungi melalui dua kaedah. Semakan permohonan juga boleh disemak secara dalam talian seperti berikut:
- Anda boleh semak status kelayakan di pautan rasmi Portal JLKN : https://jlkn.mod.gov.my/.
- Melalui e-Mel :
- Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Melalui Surat Panggilan Rasmi :
- Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Catatan: Jika anda tidak dipanggil, ini bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Namun, anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.
RUJUKAN
Kami hanya sekadar berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian dan pengetahuan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian : +603-4019 9999
- e-Mel : [email protected]