BANTUAN DALAM IC RM100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN DALAM IC RM100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

Semakan untuk program Sumbangan Asas Rahmah 2025 boleh dibuat secara dalam talian sahaja di portal rasmi STR atau eKasih.

Penerima juga boleh semak baki bantuan yang ada dengan cara yang sama.

Bagaimanakah bantuan dalam IC rm100? Ikuti penjelasan dibawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan.

BACA JUGA: MYSARA SEMAKAN 2025

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM100

Langkah-langkah dibawah adalah untuk membuat semakan status:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

KAEDAH MEMBELI BARANGAN ASAS GUNA BANTUAN DALAM IC

Langkah berikut adalah cara untuk penerima membuat pembelian di pasaraya:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SENARAI BARANGAN ASAS MYKASIH

Semak terlebih dahulu barangan serta jenama yang diboleh untuk dibeli:

  1. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  2. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  3. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  4. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  5. Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  9. Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  10. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  11. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  12. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  13. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment