LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM900)

LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM900)

Program SYUKUR atau program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah bantuan khas untuk rakyat Sabah yang berkelayakan dan memerlukan bagi menghadapi kegawatan kos sara hidup kini.

Misi program bantuan ini diadakan adalah bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan miskin dan miskin tegar di negeri tersebut.

Bagaimanakah log masuk SYUKUR Sabah? Ikuti info dan maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI 2025

OBJEKTIF PROGRAM SYUKUR SABAH

Motif atau objektif utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini adalah:

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.

PORTAL LOG MASUK SYUKUR SABAH

Klik link ini untuk melayari portal rasmi online bagi program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini https://syukur.sabah.gov.my/

LOG MASUK SEMAK STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH

Status kelayakan penerima untuk program ini boleh disemak dengan menuruti panduan yang disediakan dibawah:

  1. Layari Portal Rasmi Online https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian Semakan Permohonan di sebelah kiri skrin.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Pengguna akan dibawa ke laman rasmi SYUKUR
  5. Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan dan klik Semak.
  6. Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.

Catatan: Anda juga boleh melakukan semakan dengan mudah menggunakan aplikasi YONO

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH

Setakat ini, tarikh bayaran program SYUKUR bagi fasa 2 belum lagi dimaklumkan secara terperinci oleh pihak berkenaan. Oleh itu, anda boleh rujuk jadual bayaran yang disediakan di bawah bagi mengetahui anggaran untuk bulan pembayaran bagi bantuan ini dilakukan:

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.

RUJUKAN

Maklumat serta info lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini, anda boleh merujuk serta hubungi pihak yang berkaitan di bawah ini bagi mendapat penjelasan yang lebih jelas:

3 thoughts on “LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM900)”

Leave a Comment