PORTAL SEMAKAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Para penerima bantuan SARA MyKasih 2025 boleh membuat semakan status serta semakan baki hanya dengan melalui dalam talian sahaja.
Artikel ini ada menyenaraikan panduan lengkap tentang semakan status serta info-info berkaitan bagi memudahkan capaian pengguna.
Apakah portal semakan MyKasih? Sila ikuti info selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI 2025
SEMAKAN KADAR BANTUAN MYKASIH 2025
Jumlah bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah seperti berikut:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/ MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 900 RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 RM50/bulan (bermula April – Disember) |
PORTAL SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat dua panduan dibawah untuk membuat semakan status penerima secara dalam talian. Rujuk langkah-langkah dibawah ini:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
PANDUAN MEMBELI BARANGAN ASAS DI PASARAYA
Pembelian boleh dibuat di pasaraya dan kedai-kedai runcit yang berdaftar menggunakan cara berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]