BANTUAN BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE (RM200)

BANTUAN BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE (RM200)

Bantuan Budi Madani iaitu bantuan yang disasarkan semula subsidi hanya kepada rakyat yang memerlukan. Permohonan boleh dibuat dan kelulusan akan ditentukan berdasarkan syarat kelayakan yang tertentu.

Apakah bantuan budi madani 2025? Sila ikuti penjelasan berikut untuk ketahui dengan lebih mendalam mengenai bantuan ini.

BACA JUGA: BANTUAN ASAS SARA 2025

BANTUAN BUDI MADANI 2025

Bantuan ini dijalankan dengan melakukan penyasaran semula subsidi kepada golongan yang berkelayakan bagi memastikan kebajikan mereka masih terus terjaga.

Melalui bantuan budi madani ini, kenderaan seperti pengangkutan barangan darat tertentu akan mendapat subsidi supaya harga barangan dapat dikawal, manakala individu terpilih pula akan diberikan bantuan tunai supaya dapat membendung kenaikan kos sara hidup.

Seterusnya, program budi madani ini mempunyai tiga kategori seperti berikut:

  1. Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
  2. Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
  3. MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Senarai berikut merupakan kelayakan yang diperlukan untuk bantuan ini berdasarkan jenis kategori:

  1. Kelayakan Budi Individu
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
    • Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
    • Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
  2. Kelayakan Budi Agri-Komoditi
    • Warganegara Malaysia;
    • Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
    • Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
  3. Kelayakan MySubsidi Diesel
    • Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
    • Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”

SEMAKAN STATUS BANTUAN

Panduan berikut disediakan untuk individu yang ingin membuat semakan status setelah menepati semua syarat yang dikehendaki:

  1. Layari pautan https://budimadani.gov.my/.
  2. Klik butang [Log Masuk] di sebelah kanan.
  3. Masukkan MyKad dengan betul dan klik butang [Semak].
  4. Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda.
  5. Jika betul, sila tekan YA.
  6. Kemudian, masukkan kata laluan dan klik [Log Masuk].
  7. Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
  8. Tekan [Semakan Status].
  9. Seterusnya, semak status mengikut kategori yang dimohon dan maklumat pembayaran.
  10. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI 2025

Pembayaran bagi pemohon yang telah pun diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan adalah seperti berikut:

TARIKH PERMOHONAN
BUDI MADANI
(BULAN)
TARIKH BAYARAN
Jun7 Julai 2025 (Jumaat)
Julai8 Ogos 2025 (Jumaat)
Ogos8 September 2025 (Isnin)
September8 Oktober 2025 (Rabu)
Oktober7 November 2025 (Jumaat)
November5 Disember 2025 (Jumaat)
Disember9 Januari 2026 (Jumaat)

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN

Pembayaran bantuan budi madani ini adalah seperti berikut:

  • Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara tunai, melalui kaunter perkhidmatan.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan ataupun pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:

2 thoughts on “BANTUAN BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE (RM200)”

Leave a Comment