MYSARA 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN (RM200 / RM100 / RM50)

MYSARA 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN (RM200 / RM100 / RM50)

Bantuan SARA 2025 tidak memerlukan permohonan kerana bantuan ini adalah selaras dengan data rakyat yang terdapat dalam pangkalan eKasih.

Rakyat yang tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam data eKasih sehingga 31 Oktober 2024 adalah secara automatik akan layak untuk mendapat Sumbangan Asas Rahmah ini.

Baru-baru ini pula bantuan SARA 2025 telah diperluas kepada penerima bantuan STR kategori isi rumah dan warga emas tanpa pasangan.

Bagaimanakah MySARA 2025 semakan? Sila ikuti penulisan ini untuk ketahui info serta maklumat lanjut.

BACA JUGA: MYKASIH TERKINI 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Individu yang mempunyai kriteria seperti dibawah adalah layak untuk mendapat manfaat bantuan ini:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH PENYALURAN MYSARA 2025

Kaedah penyaluran bantuan SARA 2025 ini adalah secara TANPA TUNAI dan dimasukkan secara terus kedalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih.

Contoh barangan keperluan yang boleh dibeli adalah seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dan membuat pembayaran dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYSARA 2025

Penerima akan mendapat jumlah bantuan yang telah ditetapkan berdasarkan kategori yang diluluskan seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/
MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYSARA 2025

Rakyat yang ingin membuat semakan status boleh menuruti dua panduan yang telah disediakan dibawah:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH DI PASARAYA

Panduan dibawah disediakan untuk para penerima bantuan SARA untuk membuat pembelian di pasaraya:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment