SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : RM200 / RM100 / RM50 SETIAP BULAN

SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : RM200 / RM100 / RM50 SETIAP BULAN

Program bantuan bersasar kepada rakyat yang terkesan dengan gelumang kos sara hidup ini sedikit sebanyak telah membantu rakyat.

Hal ini secara tidak langsung telah mengangkat taraf ekonomi golongan rentan serta menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi Madani.

Bagaimanakah semakan bantuan MyKad madani? Ikuti info serta maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: MYSARA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Beberapa syarat kelayakan dibawah adalah mesti ada pada penerima bantuan ini:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MADANI

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini adalah secara TANPA TUNAI yang disalurkan terus kedalam MyKad (IC) penerima yang layak.

Penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar).

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKAD MADANI

Kadar bantuan yang disalurkan kepada penerima yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/
MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI

Status penerima boleh disemak hanya secara dalam talian dengan menuruti dua panduan yang disediakan dibawah:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH DI PASARAYA

Penerima boleh merujuk panduan membeli barangan menggunakan bantuan SARA dibawah untuk mengelakkan kesulitan semasa membuat pembayaran:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : RM200 / RM100 / RM50 SETIAP BULAN”

Leave a Comment