MYKASIH TERKINI 2025 (SEMAKAN ONLINE)
Berita terkini mengenai bantuan SARA MyKasih 2025 adalah bermula April 2025, semua penerima bantuan STR 2025 bagi kategori isi rumah dan warga emas tanpa pasangan akan turut mendapat bantuan SARA secara bulanan.
Jumlah bantuan yang disalurkan adalah berdasarkan kategori kelayakan masing-masing. Hal ini mendatangkan respon yang positif dalam kalangan rakyat yang amat terkesan dengan gelumang kos sara hidup yang dihadapi.
Apakah MyKasih terkini? Sila teruskan pembacaan dibawah untuk ketahui info serta maklumat terkini mengenai bantuan.
BACA JUGA: BANTUAN ASAS SARA 2025
PROGRAM BANTUAN BERSAMA MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di dalam data eKasih. Pelaksanaan program ini telah ditambah baik pada tahun 2025 supaya dapat memenuhi lebih banyak keperluan barangan asas yang boleh dibeli di pasaraya atau kedai runcit berdaftar melalui program MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH TERKINI 2025
Kriteria berikut merupakan penerima bantuan SARA 2025 ini:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN
Kaedah pengkreditan yang digunakan untuk bantuan SARA 2025 ini adalah secara TANPA TUNAI yang dimasukkan ke dalam MyKad (IC) penerima sendiri untuk membuat pembelian.
Barangan keperluan asas yang dibolehkan untuk dibeli adalah yang mempunyai label MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH TERKINI 2025
Bantuan yang disalurkan adalah berbeza untuk setiap kategori yang diluluskan merujuk kepada rajah dibawah:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/ MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 900 RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH TERKINI 2025
Bermula April 2025, penerima bantuan STR 2025 juga turut menerima bantuan SARA 2025. Penerima boleh membuat semakan untuk mengetahui jumlah pengkreditan dan juga baki yang ada seperti dua panduan yang ditunjukkan dibawah:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA MEMBELI BARANGAN MYKASIH
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit atau pasaraya berdaftar adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]