STR FASA 2 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan penjenamaan semula oleh Kerajaan Madani daripada bantuan kerajaan yang pernah diberikan sebelum ini.
Namun begitu, tujuan utama pemberian sumbangan serta bantuan ini masih kekal iaitu bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat pada abad ini.
Bantuan STR ini bakal meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh 8.7 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion.
Bagaimanakah STR fasa 2 semakan? Ikuti penjelasan dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: PADANS SABAH 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Kelayakan yang harus ada pada penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 ini adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Amaun sumbangan yang akan disalurkan kepada penerima adalah bergantung kepada kategori masing-masing. Rujuk rajah dibawah.
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Pembayaran bagi bantuan STR untuk fasa 2 2025 adalah secara berperingkat seperti berikut:
KAEDAH PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Kredit dalam akaun bank penerima | 24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat |
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 2
Status penerima boleh disemak dengan secara dalam talian sahaja seperti panduan berikut:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]