TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025

TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025

Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025 merupakan peningkatan yang tertinggi dalam sejarah merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri sendiri.

Hal ini menunjukkan kerajaan begitu komited dalam membantu rakyat yang dalam kesulitan ekonomi pada masa kini.

Bilakah tarikh bayar STR? Rujuk info serta maklumat dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Penerima yang memenuhi kelayakan dibawah mengikut kategori adalah layak menerima bayaran bantuan:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025

Status layak atau tidak boleh disemak secara online seperti panduan berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025

Pembayaran bantuan STR bagi fasa 2 2025 dikatakan akan dilaksanakan pada April 2025. Walaubagaimanapun, sekiranya ada hebahan rasmi mengenai tarikh bayaran oleh pihak media kerajaan akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN STR

Penyaluran bantuan ini adalah secara tunai dan disalurkan seperti berikut kepada penerima:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 2
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment