SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Rakyat yang mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti yang disenaraikan untuk menjadi penerima Sumbangan Asas Rahmah tahun 2025 akan disalurkan bantuan melalui kad pengenalan atau MyKad masing-masing secara bulanan.

Hal ini dilakukan supaya memudahkan penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit yang berdaftar tanpa perlu menggunakan duit tunai.

Bagaiamanakah semakan bantuan MyKasih 2025? Sila rujuk dibawah untuk ketahui maklumat penting dan terkini.

BACA JUGA: LOGIN STR

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Panduan dibawah adalah untuk membuat semakan status penerima sama ada layak atatu tidak:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN

Penerima akan mendapat manfaat bantuan ini dengan kaedah berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN TARIKH BANTUAN MYKASIH DISALURKAN

Sumbangan Asas Rahmah 2025 ini disalurkan kepada penerima secara:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH

Penerima boleh menggunakan bantuan yang disalurkan di kedai runcit berpandukan langkha-langkah berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment