SEMAKAN STATUS STR CEK : 2025 FASA 1

SEMAKAN STATUS STR CEK : 2025 FASA 1

Kerajaan telah memperuntukkan jumlah tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 iaitu kepada RM13 bilion. Peningkatan ini adalah dengan harapan dapat memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Peranan utamanya adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.

Bagaimanakah semakan status STR cek? Sila ikuti info serta maklumat dibawah bagi ketahui lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STR

Anda layak memohon STR 2025 sekiranya kriteria anda memenuhi kategori kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS TARIKH PEMBAYARAN

Setakat ini, pihak kerajaan masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025. Walaubagaimanapun, jika terdapat sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.

SEMAKAN STATUS JUMLAH STR

Jumlah bayaran bantuan STR yang akan diterima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 600

SEMAKAN STATUS STR CEK

Anda boleh membuat semakan status STR 2025 menerusi online dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
  15. i. Tarikh Kredit
  16. ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
  17. iii. Nama Penerima
  18. iv. Fasa Pembayaran
  19. v. Jumlah Dikredit
  20. vi. Status Kredit
  21. vii. Nama Bank dan No akaun
  22. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  23. Selesai.

RUJUKAN

Untuk penjelasan yang lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan jangkauan pengguna.

Leave a Comment