TUKAR IC ROSAK ONLINE : CARA MOHON (PANDUAN LENGKAP)

TUKAR IC ROSAK ONLINE : CARA MOHON (PANDUAN LENGKAP)

Sebelum ini, anda perlu hadir secara fizikal ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekiranya ingin membuat penggantian kad pengenalan. Kini, anda boleh membuat permohonan gantian secara dalam talian sahaja melalui laman web rasmi JPN.

Bagaimanakah tukar IC rosak online? Ikuti maklumat selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: BARANG DAPUR MYKASIH 2025

PERMOHONAN TUKAR IC ROSAK ONLINE

Berikut merupakan jenis permohonan gantian yang dibolehkan untuk dibuat secara dalam talian:

  • Gantian kerosakan fizikal kad
  • Gantian kerosakan cip
  • Gantian biasa
  • Gantian hilang kali pertama (kecuaian)

JUMLAH BAYARAN DIKENAKAN

Bayaran yang akan dikenakan untuk permohonan gantian MyKad rosak adalah sebanyak RM10.00 untuk warganegara dan RM40.00 untuk bukan warganegara.

Caj bayaran tidak akan dikenakan sekiranya permohonan yang dibuat adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan kad yang rosak,

Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit untuk permohonan dalam talian dan tidak akan dikembalikan sekiranya proses permohonan telah pun dilakukan.

Anda boleh terus menyemak status permohonan sesudah bayaran dibuat untuk mengetahui sama ada MyKad baharu telah siap dan sedia untuk diambil di pejabat JPN.

DOKUMEN SOKONGAN TUKAR IC ROSAK ONLINE

Dua dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Dokumen pemohon (asal)
    • Pastikan anda bawa Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
  2. Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, pemohon perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Salinan asal atau yang disahkan)

SEMAK CARA PERMOHONAN TUKAR IC ROSAK ONLINE

Rujuk panduan dibawah untuk ketahui kaedah permohonan penukaran kad pengenalan secara dalam talian:

  1. Layari laman web permohonan MyKad rosak secara online melalui pautan berikut: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Pada halaman utama, klik pilihan “Mohon Gantian Bagi MyKad Anda” di bahagian Dalam Talian.
  3. Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, alamat dan sebab kerosakan kad.
  4. Muat naik sebarang dokumen berkaitan seperti gambar kad rosak (jika perlu).
  5. Pilih cawangan JPN berhampiran yang anda ingin kunjungi bagi mengambil MyKad selepas siap.
  6. Selesaikan bayaran menggunakan kad kredit sahaja mengikut kadar yang ditetapkan:
  7. Setelah selesai, simpan resit dan nombor rujukan untuk semakan status permohonan.
  8. Layari semula laman web untuk menyemak sama ada MyKad baharu telah siap untuk diambil di pejabat JPN yang dipilih.

SEMAKAN STATUS IC PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF

Setelah kad pengenalan penerima kembali berfungsi dan aktif, boleh terus lakukan semakan untuk mengetahui kelayakan mendapat bantuan SARA one off nanti:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

WAKTU OPERASI SISTEM GANTIAN MYKAD ONLINE JPN

  • Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
  • Cuti Umum : Sistem ditutup

TEMPOH KUTIPAN MYKAD DI JPN

Tempoh waktu kutipan MyKad untuk transaksi permohonan dibuat dalam talian yang berjaya adalah bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :

  • Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak

WAKTU OPERASI KAUNTER JPN

  • Isnin–Jumaat: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat 1.00–2.00 ptg / 12.15–2.45 ptg Jumaat)
  • Ahad–Khamis: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat 1.00–2.00 ptg)
  • Sabah, Sarawak, Labuan: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat berbeza mengikut negeri)
  • JPN Cawangan UTC: 8.00 pg – 7.00 mlm (hari bekerja), 8.00 pg – 5.00 ptg (hujung minggu)

RUJUKAN

Panduan ini disediakan untuk membantu memudahkan urusan anda dalam penggantian kad pengenalan yang hilang. Pastikan anda laporan polis telah dibuat dan tetapkan temujanji serta sediakan dokumen yang diperlukan agar urusan di JPN dapat berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di talian berikut:

Leave a Comment