TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2026 : SEMAK JADUAL PEMBAYARAN GAJI PEKERJA KERAJAAN MALAYSIA

TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2026 : SEMAK JADUAL PEMBAYARAN GAJI PEKERJA KERAJAAN MALAYSIA

Hari yang paling dinanti-nantikan oleh penjawat awam sudah semestinya hari gaji. Oleh itu, jadual tarikh gaji amatlah penting bagi penjawat untuk ketahui tarikh rasmi dan tarikh sebenarnya gaji akan disalurkan.

Wujudnya jadual gaji ini amat memainkan peranan dalam penyusunan jadual pembayaran dan perbelanjaan bulanan bagi seisi rumah.

Apakah tarikh gaji penjawat awam 2026? Ikuti info selanjutnya dibawah ini.

BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN PLKN

APAKAH JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM

Jadual gaji untuk pekerja kerajaan Malaysia merupakan senarai tarikh rasmi pembayaran gaji bulanan kepada penjawat awam. Hal ini biasanya dikeluarkan oleh pihak berwajib sahaja. Kewujudan jadual ini adalah bagi membantu memastikan pembayaran dibuat tepat pada masanya walaupun terdapat cuti umum atau perayaan yang akan mempengaruhi operasi pengbankan dan agensi.

KAEDAH TARIKH GAJI 2026 DITENTUKAN

Cara yang digunakan untuk menentukan tarikh bayaran gaji adalah dengan mengambil kira beberapa faktor utama sepeerti dibawah. Kadangkala tarikh pembayaran gaji akan dipercepatkan menjelang perayaan besar bagi membantu penjawat awam membuat persiapan awal.

  • Faktor yang diambil kira adalah seperti:
    • Cuti umum peringkat kebangsaan & negeri
    • Perayaan utama (Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain)
    • Kesesuaian teknikal sistem perbankan dan akauntan negara
    • Permintaan operasi agensi tertentu
  • Berlakunya perubahan tarikh disebabkan oleh:
    • Perubahan kecil dilakukan bagi mengelakkan pembayaran terjejas oleh cuti yang jatuh pada hujung minggu atau pada hari kelepasan am. Ini bertujuan membantu kebajikan penjawat awam.

JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2026

Berikut merupakan contoh jadual yang digunakan sebagai panduan bulanan untuk merancang kewangan. Tarikh dinyatakan dalam format DD/MM/YYYY.

BulanTarikh GajiCatatan
Januari24/01/2026
Februari25/02/2026
Mac25/03/2026
April23/04/2026Awal kerana Hari Raya Aidilfitri
Mei22/05/2026
Jun25/06/2026
Julai23/07/2026
Ogos25/08/2026
September24/09/2026
Oktober23/10/2026Awal kerana Deepavali
November25/11/2026
Disember18/12/2026Awal kerana sambutan perayaan & cuti hujung tahun

Anda juga boleh dapatkan jadual secara pdf dengan menekan link berikut:

KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG MENGGUNAKAN JADUAL INI

Beberapa kategori penjawat awam tersebut adalah seperti berikut:

KATEGORIKETERANGAN
Kumpulan Pengurusan & ProfesionalTermasuk pegawai kerajaan Gred 41 ke atas
Kumpulan PelaksanaMelibatkan penjawat awam sokongan, juruteknik & operasi
Kakitangan KontrakMengikut pekeliling jabatan masing-masing

RUMUSAN

Setelah meneliti kaedah penentuan dan juga faktor perubahan jadual pembayaran gaji kepada penjawat awam, ternyata pentingnya penjawat awam tersebut ambil tahu mengenai tarikh-tarikh pembayaran gaji.

Tarikh gaji bukan sekadar untuk mengetahui bila duit masuk ke dalam akaun, tetapi ia sangat membantu ramai pihak dalam membuat penstrukturan terhadap kehidupan serta kewangan. Berikut alasan utama mengapa jadual gaji penting:

  • Bayaran komitmen bulanan — memastikan pinjaman dan bil tidak tertunggak.
  • Mengurus simpanan & tabung kecemasan — memudahkan pemotongan automatik atau pemindahan simpanan.
  • Memaklumkan pasaran perniagaan — peniaga sering membuat promosi berkaitan minggu gaji.
  • Perancangan perayaan — memberi ruang bagi pembelian dan perancangan aktiviti keluarga.

Anda juga boleh membuat rujukan rasmi untuk pengesahan akhir di:

Leave a Comment