TARIKH BAYAR BANTUAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

TARIKH BAYAR BANTUAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025 ini telah meningkat jumlah penyaluran serta bilangan penerima di mana sebilangan rakyat Malaysia telah mengalami kepincangan ekonomi yang agak serius.

Penambahan jumlah penyaluran bantuan pada kali ini diharapkan dapat membantu rakyat dalam meneruskan kehidupan seperti biasa.

Bilakah tarikh bayar bantuan STR? Ikuti info seterusnya dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Kelayakan untuk mendapat bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS BAYAR PENERIMA BANTUAN STR

Semak status masing-masing dengan menuruti panduan yang disediakan dibawah:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 3 2025

Untuk makluman, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 untuk fasa ketiga belum lagi diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment