SYUKUR SABAH 2026 PERMOHONAN : CARA / PANDUAN LENGKAP

SYUKUR SABAH 2026 PERMOHONAN : CARA / PANDUAN LENGKAP

Penerima bantuan SYUKUR Sabah yang layak akan menerima sejumlah bantuan kewangan yang disalurkan secara berperingkat atau bulanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara kini.

Bagaimanakah SYUKUR Sabah 2026 permohonan? Ikuti panduan dan rujukan yang disediakan dibawah ini.

BACA JUGA: BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN

SYARAT PERMOHONAN SYUKUR SABAH 2026

Permohonan boleh dilakukan sekiranya anda melengkapi syarat-syarat yang dinyatakan dibawah:

  • Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
  • KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala)
  • Penambahan kriteria penerima:
    • Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
    • Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

Catatan: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.

GARIS PENDAPATAN KEMISKINAN RAKYAT NEGERI SABAH

Kategori untuk penerima bantuan Sabah ini adalah berdasarkan pendapatan yang digariskan dalam GPK tahun 2022 seperti berikut:

Kategori KemiskinanPendapatan Isi Rumah (Sebulan)Pendapatan Per Kapita (Sebulan)
MiskinRM 2,843RM 720
Miskin TegarRM 1,257RM 310

Pendapatan isi rumah merujuk kepada jumlah keseluruhan pendapatan semua ahli keluarga dalam satu rumah, manakala per kapita ialah purata pendapatan bagi setiap ahli isi rumah.

Individu rakyat Sabah yang berada dalam julat pendapatan ini dan berdaftar dalam eKasih mahupun PADANS serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan amat berpotensi untuk layak menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026.

CARA PERMOHONAN SYUKUR SABAH 2026

Rujuk panduan berikut yang disediakan untuk membuat permohonan bantuan Sabah 2026 ini:

  1. Log Masuk Sistem PADANS. Layari portal rasmi PADANS Sabah di https://padans.sabah.gov.my/ & log masuk.
  2. Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh klik “Permohonan Baru SKR” dan isi borang untuk daftar akaun pengguna.
  3. Pilih Borang Permohonan.
  4. Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
  5. Lengkapkan Maklumat Diperlukan.
  6. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
    • Ketua Isi Rumah
    • Ahli Isi Rumah
    • Indikator
    • Pengesahan
  7. Hantar Permohonan
  8. Semak semula maklumat dan klik hantar. Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Berikut merupakan tiga cara untuk membuat semakan bantuan ini:

  • Semakan Online Melalui Portal SYUKUR Sabah
    1. Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
    2. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
    3. Klik butang “Semak”.
    4. Status kelayakan akan dipaparkan sama ada:
      • Layak
      • Tidak Layak
      • Dalam Semakan
  • Semakan Online Melalui PADANS Sabah
    1. Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
    2. Klik menu “Semakan Permohonan”.
    3. Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
    4. Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.
  • Semakan Status Melalui Aplikasi YONO SuperApp
    1. Muat turun aplikasi YONO melalui Google Play atau App Store.
    2. Log masuk ke akaun anda.
    3. Pilih modul “Bantuan”.
    4. Semak status kelayakan bantuan SYUKUR Sabah 2026.

Sekiranya anda tidak menemukan nama selepas melakukan ketiga-tiga kaedah berikut, anda boleh cuba melakukan kaedah seperti berikut:

  • Menyediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bil utiliti atau surat pengesahan ketua kampung.
  • Mengemaskini atau mendaftar maklumat terkini dalam sistem PADANS atau eKasih.
  • Berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan berhampiran di Sabah untuk pendaftaran manual.

TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH 2026

Rajah berikut menunjukkan tarikh bayaran yang akan disalurkan kepada penerima bantuan:

FasaTempoh BulanTarikh AgihanJumlah Bantuan
Fasa 1Januari – MacAKAN DIKEMASKINIRM600 (3 bulan)
Fasa 2April – JunAKAN DIKEMASKINIRM600 (3 bulan)
Fasa 3Julai – SeptemberAKAN DIKEMASKINIRM600 (3 bulan)
Fasa 4Oktober – DisemberAKAN DIKEMASKINIRM600 (3 bulan)

CATATAN: Tarikh agihan tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri Sabah.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN

Setiap penerima akan menerima bantuan Sabah ini dengan kaedah berikut:

  • Akaun Bank: Bantuan akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank penerima yang telah berdaftar dalam sistem PADANS/eKasih.
  • Tunai: Bagi penerima di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses perbankan yang stabil, bantuan boleh disalurkan secara tunai melalui mekanisme yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah.

RUJUKAN

Artikel ini ditulis bagi memudahkan pengguna untuk mencari rujukan mengenai info terkini bantuan negeri Sabah. Untuk sebarang soalan atau info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026, sila rujuk pada :

Leave a Comment