SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI PETROL : SEMAKAN STATUS

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI PETROL : SEMAKAN STATUS

Bermula 30 September 2025 ini, kerajaan Madani telah melaksanakan sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Apakah syarat kelayakan subsidi petrol? Ikuti info semasa dan terkini di bawah.

BACA JUGA: STR FASA 4 2025

APA ITU SUBSIDI PETROL RON95

Sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk menggunakan sumber negara untuk kebaikan rakyat di samping mengurangkan pembaziran subsidi, pelancaran program BUDI96 bakal dilancarkan bermula 30 September 2025 ini.

Umum maklum bahawa sebelum ini, subsidi petrol diagihkan secara pukal iaitu semua orang mendapat petrol dengan harga yang sama. Hal ini menyebabkan hampir 40% subsidi turut dinikmati oleh warga asing dan golongan kaya, walhal matlamat asal adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini.

Subsidi RON95 menggunakan MyKad 2025 yang bakal dilancarkan ini merupakan satu mekanisme baharu kerajaan Malaysia bagi memastikan bantuan subsidi petrol disampaikan secara terus kepada rakyat yang benar-benar layak. Melalui kaedah ini, MyKad dijadikan sebagai peranan utama untuk mengesahkan identiti serta kelayakan seseorang di stesen minyak.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI PETROL RON95

Dianggarkan sekitar 85 hingga 90 peratus rakyat Malaysia akan terus menikmati harga bersubsidi ini.

Kelayakan penerima adalah ditentukan secara automatik oleh Pangkalan Data Utama (PADU). Semua data anda, termasuk maklumat pendapatan dan status kewarganegaraan, akan disemak secara langsung.

Berikut merupakan kelayakan yang dikehendaki:

  1. Rakyat Malaysia
    • Anda mestilah warganegara Malaysia. Warga asing tidak akan layak untuk program ini.
  2. Kriteria Pendapatan
    • Kelayakan tidak hanya bergantung pada kategori B40 atau M40. Ianya adalah berdasarkan kriteria pendapatan yang lebih terperinci, seperti Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) yang direkodkan dalam PADU. Hal ini bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan, tidak kira dari mana-mana latar belakang, akan mendapat bantuan.
  3. Pemilik Kenderaan
    • Anda perlu memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar.
  4. Penunggang motosikal berusia 16 tahun ke atas.
  5. Pekerja gig & belia yang bergantung pada kenderaan untuk harian.

CARA AKTIFKAN SUBSIDI DALAM MYKAD

Pastikan MyKad anda adalah aktif dan tidak rosak untuk digunakan sebelum membuat pengaktifan:

  • Daftar & kemas kini maklumat di portal PADU – pastikan pendapatan isi rumah anda direkod dengan tepat.
  • Semak status kelayakan subsidi – jika layak, akaun anda akan dihubungkan terus ke MyKad.
  • Aktifkan MyKad di JPN (jika perlu) – untuk mereka yang ada MyKad rosak atau lama.
  • Sahkan dengan stesen minyak – semasa kali pertama menebus, sistem akan sahkan kelayakan anda.

SYARAT PENEBUSAN SUBSIDI PETROL DI PAM MINYAK

Berikut merupakan kaedah penebusan subsidi minyak di pam minyak menggunakan MyKad:

  1. Letakkan MyKad di Pam
    • Apabila anda tiba di pam minyak, ambil MyKad anda dan masukkan ke dalam terminal pembaca khas yang disediakan.
  2. Sistem Menyemak Kelayakan
    • Sistem akan secara automatik membaca cip MyKad anda dan menyemak kelayakan anda dengan pangkalan data PADU. Ini hanya mengambil masa beberapa saat.
  3. Paparan Harga
    • Jika anda layak, paparan skrin akan menunjukkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. Anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
  4. Buat Bayaran
    • Setelah selesai mengisi, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau e-dompet di pam yang sama.
  5. Jika Tidak Layak
    • Jika sistem menunjukkan anda tidak layak, paparan skrin akan memaparkan harga pasaran penuh (dianggarkan RM2.76 seliter). Anda boleh teruskan untuk mengisi minyak pada harga ini atau beralih ke pam yang lain jika anda mahu.

SEMAK BAKI DAN TRANSAKSI SUBSIDI

Butiran penuh mengenai prosedur serta portal rasmi masih belum diumumkan. Walaubagaimanapun, berikut merupakan ringkasan yang bakal dilakukan:

  • Portal MySubsidi
    • Sebuah portal web rasmi akan dilancarkan. Anda hanya perlu log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Maklumat Transaksi
    • Di dalam portal ini, anda boleh melihat sejarah transaksi subsidi petrol anda, jumlah liter yang telah ditebus, dan baki kuota bulanan (jika ada).
  • Aplikasi Mudah Alih (akan dilancarkan)
    • Semakan cepat melalui telefon pintar.
  • E-mel & SMS notifikasi
    • Peringatan akan dihantar setiap kali transaksi dibuat.

SYARAT GUNA APLIKASI SETEL UNTUK SUBSIDI PETROL

Ikuti langkah berikut untuk muat turun aplikasi Setel:

  1. Muat Turun Aplikasi
    • Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma dari Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.
  2. Pendaftaran Akaun
    • Setelah aplikasi dipasang, buka Setel dan daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  3. Sebagai alternatif, anda juga bleh memautkan kad kredit anda kepada akaun, jadi tidak perlu tambah nilai dompet anda kerana setiap pembelian akan dicaj terus ke kad kredit anda.
  4. Sahkan Akaun
    • Untuk mengesahkan akaun, anda hanya perlu klik pada butang ‘Verification’. Imbas MyKad, ambil swafoto dan isi maklumat. Selesai!

PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN SUBSIDI PETROL DENGAN SETEL

Anda boleh pergi ke mana-mana stesen minyak Petronas untuk melakukan transaksi pembelian dan pembayaran menggunakan Setel dengan cara berikut:

  1. Buka aplikasi setelah anda sampai di mana-mana stesyen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan stesyen PETRONAS secara automatik menggunakan GPS.
  2. Klik pada butang “Purchase Fuel”
  3. Pilih Nombor Pam: Setibanya di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan pilih nombor pam yang anda ingin gunakan.
  4. Tetapkan Amaun Pengisian: Pilih jumlah wang yang ingin anda gunakan untuk mengisi minyak atau pilih pilihan ‘Isian Penuh’ jika ingin mengisi tangki sepenuhnya.
  5. Sahkan Pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk mengesahkan pembayaran.
  6. Mulakan Pengisian: Setelah pembayaran disahkan, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa..

JADUAL PELAKSANAAN SUBSIDI PETROL

Berikut merupakan garis masa yang perlu diambil perhatian oleh orang ramai:

  • Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

RUJUKAN

Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Leave a Comment